Sunday, January 17, 2010

Ketika Cinta Bertasbih

Kau mencintaiku...seperti bunga mencintai titah tuhannya,

Tidak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia,

Tidak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala,

Kau mencintaiku...seperti matahari mencintai titah tuhannya

Tidak pernah lelah membahagi cerah cahayanya,

Tidak pernah lelah menghangatkan jiwa

p/s: ini adalah kata-kata berpuisi yang terdapat di dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih disumbangkan oleh kawan aku Nurhafiza Fadzil (Peminat No 1)...hehehhe

Wednesday, January 13, 2010

Macam mana nk Filter Facebook Email Dalam Yahoo Mail

Cara nk buat folder khusus untuk satu-satu file


1. Buat folder nama “Facebook” pada yahoo mail.

2. Klik Options pada bahagian atas kanan dan pilih Mail Options.

3. Klik Filters/Penapis> Create or edit filters/Buat atau Edit Penapis.

4. Klik Add/Tambah.

5. Isi tempat kosong seperti dibawah dan klik add filter/tambah penapis.

----------->@facebookmail.com

6. Pastikan Filter/Penapis anda adalah seperti ini.
7.Habis..

*korang boleh jugak buat macam ni untuk mail tagged,twitter or friendster korg kalo rase menyemak sgt..SEMOGA BERJAYA..adios FARID~~

Sunday, January 10, 2010

Penggunaan nama ALLAH - Bersatu Padulah

Baru2 ni kita sering dgr berita mengenai kontroversi penggunaan nama Allah untuk orang Kristian, penggunaan nama Allah untuk orang2 bkn islam sebenarnya bukanlah perkara baru. Menurut kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang aku petik dari sumber internet:-

"Pada zaman nabi, walaupun golongan ini menyembah berhala sekalipun tetapi jika ditanya siapakah pencipta langit dan bumi mereka tetap mengakui Allah yang menciptanya.

"Jadi ertinya perkataan Allah ini bukan benda baru yang disebut oleh orang bukan Islam," katanya.

Namun, seperti mana yang kita semua tahu Mursyidul Am Pas kita ini juga tidak bersetuju dengan penggunaan nama ALLAH untuk orang Kristian dalam akhbar mingguan gereja Katholik mereka, Herald-The Catholic Weekly

Kerajaan Malaysia yang kini di pimpin oleh Dato Seri Najib Tun Razak meminta kepada semua rakyatnya BERTENANG kerana isu yang bersangkut paut dengan agama adalah isu yang amat sensitif memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang majmuk. Beliau yang mengasaskan konsep 1Malaysia, meminta orang ramai menggunakan akal fikiran untuk menangani isu ini dan tidak menggalakkan orang ramai mengadakan demonstrasi bagi menjaga kententeraman awam. kerajaan juga telah membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi berhubung keputusan mahkamah itu.

Apa pula kata bekas Perdana Menteri kita, Tun Mahathir Mohamad:-

Menurut Tun, kontroversi menggunakan nama Allah tidak boleh diselesaikan dengan rayuan mahkamah. kerana mahkamah tidak mengambil kira
soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. menurut Tun lagi undang-undang hanya mengutamakan maksud undang-undang sahaja.

Ini pula kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim:-

Anwar Ibrahim di dalam ceramah terbarunye menyokong penuh tindakan menggunakan nama Allah dalam akhbar mingguan orang kristian ini. menurutnya nama Allah adalah juga hak orang Kristian. beliau juga sempat menyindir parti lain dlam hal ini. tak tahulah apa disebalik kata2nya itu, tapi pada pandangan aku seakan2 untuk menjaga nama baik partinye sendiri. Disini aku lampirkan Link untuk korg tgk video ceramah Anwar Ibrahim

http://www.youtube.com/watch?v=738vMmiIU24&feature=player_embedded


Kata Fathullah Farid bin Zakaria:-

aku bukanlah seorang yang gemar berpolitik namun sebagai rakyat yang bebas bersuara aku harap la pemimpin2 besar kita Tun Mahathir Mohamad, Dato Seri Najib Tun Razak, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Dato Seri Anwar Ibrahim bersatu padu dalam menyelesaikan permasalahan ini bukan dengan menyalahkan satu sama lain. orang melayu sekarang pun kalo kita lihat sudah berpecah tiga bila tiba masalah mengenai agama yang kita anuti bersama kita masih bertelagah sesama sendiri. bile agaknya kaum melayu nk bersatu padu kalo perkara macam ni berterusan. aku sebagai seorang rakyat Malaysia dan seorang muslim yang mementingkan keamanan dan kemakmuran memohon la pada seluruh rakyat Malaysia agar kita menyokong Pengharaman Nama ALLAH bagi Orang Kristian. akhir sekali terima kasih kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana bersama membantah penggunaan nama ALLAH.

sekian.

Wednesday, January 6, 2010

23 tahun

mase aku kt ofis td bdk2 bercerita pasal umur
sedar tak sedar aku dh 23 tahun untuk 2010
banyaknye angka
ready ke aku untuk melangkaui usia dewasa ni?
huhuhu..dulu fikir cane la rupa aku mase umur 20++
tp tetap same... hehehehhe

Tuesday, January 5, 2010

Go Travel-Book




"1001 Escapes To Make Before You Die"

ibu: dapat cari buku yang nk cari td?
aku: dapat
ibu: buku apa?
aku: buku pasal travelling "1001 tempat mesti kamu pergi sebelum mati"
ibu: untuk apa nie, pelajaran ker?
aku: bukan, tp untuk panduan sbb satu ari nnt ayed akan pergi salah 1 tempat dlm buku nie.

My BestFriend Nurul Ain

ain: farid mane awek ko?
aku: aku mane ade awek
ain: yela ko bkn boleh percaya sgt xkn setahun menduda xde pengganti lg
aku: kalo aku ade ain, ko la org pertama aku bgtau
ain: asal xde plak? kn ramai girl kt U ko
aku: payah soklan ko ni, macam jawab SPM plak
ain: memilih sgt ker?
aku: bkn la, sape la nk kt aku...
ain: POYO~~
aku: hahahhaha...
ain: ckp la nape ko xde awek?
aku: hmmmm...susah nk jwb!!!
ain: xde org nk ker?? hahhahaha
aku: siut..

*nurul ain hashim adalah kawan baik aku

Sunday, January 3, 2010

Asrar-Haiwan


satu karya yang menarik kn??

sebuah lukisan yang mengandungi pelbagai karakter didalamnya

dari kawan aku yang bernama "asrar"

dia mmg seorang yang berbakat...

semoga bakat mu tidak disia-siakn

:]