Sunday, January 10, 2010

Penggunaan nama ALLAH - Bersatu Padulah

Baru2 ni kita sering dgr berita mengenai kontroversi penggunaan nama Allah untuk orang Kristian, penggunaan nama Allah untuk orang2 bkn islam sebenarnya bukanlah perkara baru. Menurut kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang aku petik dari sumber internet:-

"Pada zaman nabi, walaupun golongan ini menyembah berhala sekalipun tetapi jika ditanya siapakah pencipta langit dan bumi mereka tetap mengakui Allah yang menciptanya.

"Jadi ertinya perkataan Allah ini bukan benda baru yang disebut oleh orang bukan Islam," katanya.

Namun, seperti mana yang kita semua tahu Mursyidul Am Pas kita ini juga tidak bersetuju dengan penggunaan nama ALLAH untuk orang Kristian dalam akhbar mingguan gereja Katholik mereka, Herald-The Catholic Weekly

Kerajaan Malaysia yang kini di pimpin oleh Dato Seri Najib Tun Razak meminta kepada semua rakyatnya BERTENANG kerana isu yang bersangkut paut dengan agama adalah isu yang amat sensitif memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang majmuk. Beliau yang mengasaskan konsep 1Malaysia, meminta orang ramai menggunakan akal fikiran untuk menangani isu ini dan tidak menggalakkan orang ramai mengadakan demonstrasi bagi menjaga kententeraman awam. kerajaan juga telah membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi berhubung keputusan mahkamah itu.

Apa pula kata bekas Perdana Menteri kita, Tun Mahathir Mohamad:-

Menurut Tun, kontroversi menggunakan nama Allah tidak boleh diselesaikan dengan rayuan mahkamah. kerana mahkamah tidak mengambil kira
soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. menurut Tun lagi undang-undang hanya mengutamakan maksud undang-undang sahaja.

Ini pula kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim:-

Anwar Ibrahim di dalam ceramah terbarunye menyokong penuh tindakan menggunakan nama Allah dalam akhbar mingguan orang kristian ini. menurutnya nama Allah adalah juga hak orang Kristian. beliau juga sempat menyindir parti lain dlam hal ini. tak tahulah apa disebalik kata2nya itu, tapi pada pandangan aku seakan2 untuk menjaga nama baik partinye sendiri. Disini aku lampirkan Link untuk korg tgk video ceramah Anwar Ibrahim

http://www.youtube.com/watch?v=738vMmiIU24&feature=player_embedded


Kata Fathullah Farid bin Zakaria:-

aku bukanlah seorang yang gemar berpolitik namun sebagai rakyat yang bebas bersuara aku harap la pemimpin2 besar kita Tun Mahathir Mohamad, Dato Seri Najib Tun Razak, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Dato Seri Anwar Ibrahim bersatu padu dalam menyelesaikan permasalahan ini bukan dengan menyalahkan satu sama lain. orang melayu sekarang pun kalo kita lihat sudah berpecah tiga bila tiba masalah mengenai agama yang kita anuti bersama kita masih bertelagah sesama sendiri. bile agaknya kaum melayu nk bersatu padu kalo perkara macam ni berterusan. aku sebagai seorang rakyat Malaysia dan seorang muslim yang mementingkan keamanan dan kemakmuran memohon la pada seluruh rakyat Malaysia agar kita menyokong Pengharaman Nama ALLAH bagi Orang Kristian. akhir sekali terima kasih kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana bersama membantah penggunaan nama ALLAH.

sekian.

0 comments:

Post a Comment