Wednesday, December 30, 2009

Nenek Kerepek

semalam aku kuar mkn mlm ngan kakak aku kat medan selera "bumbung biru" lembah keramat. ktorg panggil bumbung biru sebab xtau nk panggil ape so disebabkan bumbung dia biru yang membezakan ngan kedai lain, ktorg bg la name "medan selera bumbung biru".

ok2...berbalik pada apa aku nk ceritakan ni..semalam masa aku mkn malam tu punye la penuh ngan umat manusia nk berborak pon kene menjerit dah masing2 nk memekak. ade bawak family, ade yang lepak ngan member dan ade jugak yang mkn bersama2 awek diorg. korang bayangkn org punyelah penuh sampai nk cari meja pun susah tp nasib baik la ade meja kosong mase ktorg dtg tu.

kami order sate 15, nasi goreng, ikan siakap masak masam manis, telur dadar n cup cake. mkn cuma 3 org, aku, kakak aku, n abg ipar mmg xhabis mkn mase tu. banyak xabis aku pun dah kenyang giler.

tibe2 datang seorang nenek tua menghampiri meja, dengan suara yang lemah dan muka yang kelesuan dia menawarkan kerepek2 yang dia bawak dalam 1 beg plastik oren besar. aku tgk nenek tu keluarkan kerepek dalam plastik tu pun macam xlarat. abg iparkan aku pon beli la 3 jenis kerepek berharga rm10

lepas tu nenek tu pun beredar...

dari 1 meja ke meja yang lain nenek tu pegi..kesian aku tgk dia sebab sepatutnya dalam mase umur dia macam ni dia sepatutnya duduk dalam rumah yang selesa main dengan cucu2. ini tidak dlam keadaan dia macam tu uzur je aku tgk dia masih mengerah tenaga tok cari duit.

akhir skali aku tgk dia duduk kepenatan dengan beg plastik oren besar disisi dia. ntah berapa sangat la org yang nk beli kerepek dia dalam sehari........

Saturday, December 26, 2009

L.O.V.E Talk

PAGI
7.00am : morning honey...~
7.08am : sihat tak hari ni?
7.15am : dah breakfast ker?
7.30am : mandi3x!!!

PETANG
7.00pm : hei maghrib pegi semayang!

MALAM
10.00pm : ngah bt ape tu? nk kaco ni
10.15pm : how ur day?? bt ape td?
10.30pm : mkn?
10.37pm : i miss u so much
10.45pm : my love to you like a drops at a raining day
10.51pm : you are truly my love
11.00pm : esok jom keluar?
~~~~~~HAPPY~~~~~
11.15pm : see you tomorrow girl
11.32pm : take care..gudnite

this is an example a conversation between boy and girl are in love.
who those are in love right now, here i give you a cute song i found in Youtube by Soko-take my heart
Enjoy......

Friday, December 25, 2009

Plan and Spirit

when i was a kid i really want to be a creative person
i created stuffs using my imagination
i played and i created my own toys
i learned how to be creative without knowing i'm on the 'track'

when i was at school i write in my report card i want to be an engineer
i go to technical school without discuss with my parent first because i knew that is what i want
then i continue my higher studied in Diploma of Manufacturing Engineering
still i on the track
and today i still in my own track continue my Degree of Manufacturing Engineering in Design
thank you to my family ibu and ayah

but
sometimes i mean sometimes i feel lost...
lost my spirit..

Awek Malaysia Cantik

setelah penat bekerja hari ni aku ajak ibu aku keluar
aku bawak dia pegi jj setiawangsa
jalan2 kt sana lepas tu pegi plak carefour wangsa maju
aku mmg xde beli ape2 sbb mmg tujuan aku nk ajak ibu aku kuar jer
so dia je la yg membeli sampai x belah2

bile aku jalan sorg2 kt supermarket tu..
aku tgk ramai jugak org2 malaysia nie cantik2
ade yang bertudung, ade yang free hair
xkira la macam mane pon saiz diorg
perempuan2 kt malaysia ni boleh dikatakan 'pandai jaga diri'
patut la kajian luar negara kata Malaysia ni ramai gadis2 cantik
(kajian sebuah buku dari luar negara tp aku xigat buku ape)

Syabas makcik dan pakcik kerana anak2 pakcik n makcik lawa2...

Sunday, December 20, 2009

baru balik dari mid valley tengok AVATAR
CGI dia mmg power rasa macam kita mmg berada di dunia sana
kalau markah penuh 10 aku bg 8....

Saturday, December 19, 2009


Sebuah filem yang membuat para pengkritik terdiam

cerita mengenai seorang askar yang lumpuh pada bahagian kaki, menyertai satu misi ke dunia makhluk lain. askar ini akan menggunakan tubuh makhluk alam tersebut yang aku xtau dari mana untuk masuk ke dunia sana. jadi bila askar ini guna tubuh tu dia akan boleh berjalan semula.

macam tu la jalan cerita dia. apa2 pun aku akan tengok filem yang dikatakan HEBAT ni esok.
aku dah tengok trailer dia, dah baca sinopsis dan tengok apa pendapat pengkritik2 filem semuanya positif. jadi aku rase filem durasi 161 minit ni yang diarahkan James Cameron pengarah TITANIC dulu tidak akan menghampakan para penonton.



World of Imagination


Kenapa "World of Imagination" adalah nama blog yang saya pilih??

Pernahkah ketika anda kanak-kanak anda mengimpikan satu dunia lain dari alam realiti. Dunia yang anda boleh impikan apa sahaja, dunia yang begitu indah dengan menggunakan daya imaginasi anda. Itulah saya sewaktu kecil dahulu, mengimpikan dunia yang saya takluki berada diatas awan, mempunyai istana putih, taman yang indah, ladang yang luas, gunung ganang yang tinggi dan suasana laut dan pantai yang aman dan damai.

Sehingga ke hari ini, saya masih lagi membayangkan "dunia impian" saya. Jika saya berjalan jauh menaiki kenderaan saya tidak berhenti melihat awan dan membayangkan keadaan tersebut. Menikmati keindahan alam yang dicipta sempurna oleh-Nya. Syukur kita masih boleh menikmatinya sehingga ke hari ini. Tetapi untuk generasi akan datang saya sendiri tidak pasti.

Berimaginasi atau orang selalu kata kita "berangan" bukanlah perbuatan yang sia-sia jikalau kita gunakannya untuk pekara yang berguna. Sebagai contoh mensyukuri nikmat yang telah dicipta. Nikmati dan peliharalah alam yang kita pinjam dari-Nya kerana ini hanya sementara.

Assalamualaikum...

Thursday, December 17, 2009

MALAYSIA JUARA BOLA SEPAK SUKAN SEA 2009

Dalam mase 20 tahun kite menanti penuh harapan agar bola sepak negara kita akan beroleh kemenangan akhirnya kali ini kita dapat memenuhi harapan seluruh rakyat malaysia. Namun perjuangan sukan bola sepak negara belum selesai, pelbagai segi kemahiran, taktik, strategi perlu diperbaharui. Diharapkan inilah detik permulaan kejayaan kita untuk masa akan datang. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Pada jam 5.30pm, 17 disember 2009 malaysia memulakan pusingan akhir bola sepak sukan SEA. untuk separuh masa pertama dilihat malaysia bermain dengan penuh berhati2 dengan bermain secara bertahan (defensive). terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pemain Malaysia. pasukan lawan Vietnam terus menerus melakukan serangan.hanya pada minit akhir separuh masa pertama malaysia dilihat melakukan serangan namun nasib tidak menyebelahi kita.

ketika separuh masa kedua Malaysia mengubah corak permainan dengan bermain penuh agresif. bermulanya babak mendebarkan dari asakan demi asakan oleh pemain Malaysia. dan akhirnya Malaysia memperoleh 1 gol yang disumbangkan oleh Nasrul dengan rembatan bola yang agak perlahan namun ditampan oleh pemain Vietnam yang akhirnya memasuki gawang lawan.

MALAYSIA JUARA DENGAN 1-0

Tuesday, December 15, 2009

bobo in memory

semalam kucing jantan kesayangan family aku mati langgar lari betol2 depan rumah... SEDIH GILER!!!!!!!!!!!!!

dah xde dia nk masuk kt bilik aku lepak n tido....
xleh nk buli2 dia lg....
xdengar lg bunyi garau kucing jantan

aduiiii xpenah dalam 22 tahun nie kucing aku mati n aku sedih camni........

Friday, November 20, 2009

starting my blog...duh

im here to start blogging...bippp....bippp...bippp...

1

2

3

check...

bismillahirahmanirahim........