Sunday, March 21, 2010

Malaysia Hancur Sedikit Demi Sedikit

semua berita yang kita dengar hari ini bukanlah semua sebenarnya.

banyak cerita yang di tutup dari pengetahuan umum demi menjaga keamanan negara Malaysia. Tapi sebenarnya percayalah negara kita sebenarnya semakin hancur sedikit demi sedikit. kepada yang tidak sayangkan negara pasti akan menghiraukan pesanan aku ni, tapi sayang orang macam ni lah yang akan menghancurkan negara kerana sikap tutup sebelah mata.

berita terbaru tentera singapura memasuki negara sebagai pelancong dan menangkap gambar kampung2 sekitar johor mungkin untuk pemetaan dan tentera kita tidak mampu berbuat apa2 atas sbb mereka bergerak atas tiket melancong. JANGAN TERKEJUT, kalau aku kata bende ni dah lama berlaku untuk mana2 negara pun. tapi hanya kita yang tak tahu. secara keseluruhannya pelancongan di negara kita tiap2 tahun semakin meningkat dan kita meraih keuntungan dalam negara yang besar tapi disebaliknya negara menghadapi risiko besar membawa masuk "james bond" dari luar.

sejak pemerintahan kita yang lepas negara sepertimana kita dapat lihat mengalami keadaan yang boleh dikatakan haru biru. terima kasih kepada Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak kerana membentuk gagasan 1MALAYSIA. tujuan beliau adalah untuk membentuk perpaduan antara kaum yang dilihat semakin lama semakin berpecah. kita sebenarnya memberi ruang kepada org luar untuk masuk campur hal negara kita seperti yang berlaku pada zaman kesultanan Melaka yang perlu mengambil Mat Saleh sebagai penasihat kerajaan.


kalau kita masih lagi dengan masalah perpaduan yang tak sudah ini nampaknya kita harus berputih mata membenarkan org luar menakluk negara. NEGARA LUAR TELAH MENCEROBOH MASUK KE MALAYSIA DEMI TUJUAN RISIKAN. langkah kita sebagai rakyat adalah untuk menjaga keamanan, janganlah kita membenci sesama kaum, MELAYU, CINA, INDIA dan BUMIPUTERA adalah 1MALAYSIA. apa yang perlu kita lakukan sebagai rakyat adalah mengukuhkan perpaduan tanpa mengenal warna kulit dan agama. bertegurlah sesama kita walaupun tidak kita kenal kerana dengan hanya salam dan senyuman mampu merapatkan kita.

terima kasih kepada tentera kita yang bertungkus lumus demi agama, bangsa dan negara.

Friday, March 12, 2010

Menjaga Daniel

Daniel ni anak buah pertama aku, anak angah.. dia ni selalu tersenyum, banyak bersedekah budak ni..umo dia baru 8 bulan.. satu ari tu waktu aku baru balik keje, aku kene amik alih plak jg daniel sbb wan dan atok dia nk keluar.. along pulak masih dlm pantang..

aku angkat la dia bawak jln2 dlm rumah tp asyik ngis jer.. aku xtau nk buat ape lg..

tp bile aku cb masukkn dia dlm bakul baju kt luar rumah.. menariknye dia trus diam n main sorg2.. huuhuu...teringat aku mase kecik2 suke masuk dlm kotak...heheh

kepada sesiapa yang ade anak buah kecik tu cb masukkn dia dlm bakul baju n tgk ape jd..



Thursday, March 4, 2010

Lunch bersama Rakan


bdk2 yang slalu keluar bersama..dari kiri boy, qila, shak dan edi (terlindung tepi shak)


syok je tgk ayien mkn siput sedut...lame dh xmenyedut siput...

tira yang pertama kali keluar dgn kitorg...ni aku amik gambar candid..(cantik jugak aku amik) lepas amik je dia mrh2 aku...huhuhu

lokasi-------> medan selera depan SAPURA keramat AU2

Wednesday, March 3, 2010

Kampung Kemensah Hilir



ni la rupa kampung kemensah hilir sekarang.. rumah town house. dulu kampung setinggan.. dijangka siap bulan 4. tp janji je la diorg ni. lame dh penduduk kt sni menggun tok tggal sini.. lame btol tggu tok siap sepenuhnya..dalm 4 tahun dh rsenye

Minta2 siap la rumah ni bln 4

Gua dapat No 3 pertandingan Melukis Animasi Melaka

ini mase nk mula pertandingan. yang bj merah tu kawan aku name dia eddy dia pun menang setelah beberapa kali mencuba..(lg terer dr ku)..duduk dlm bilik 5 jam..sorg lg kawan aku hazwan(pall mall)

hari penyampaian hadiah. setelah tggu 2 tahun...


waktu penyampaian hadiah ni diserahkan oleh Ketua Menteri Melaka Dato Ali Rustam.

Terima kasih akak2 staff STATSChipPAC



terima kasih kepada akak2 staff chippac sbb belanja diorg yang nakal ni....saye xnakal...
yang seronoknye diorg kene tunggu aku dan qila abis mkn sbb piza sampai lambat
ni muka2 org yang belanja kitaorg....kak amy dan kak noi, yang laki tu bkn ye..huhuhu 2 name dia lofti
hihihih...kak jariah dan kak cha