Thursday, July 22, 2010

Contoh Ayat Memikat



1) Jika kecantikan itu adalah waktu, kamu adalah keabadian.

2) Boleh tunjukkan saya jalan? Jalan ke hati kamu.

3) Kamu tidak sepatutnya bersolek. Ia melindungi kesempurnaan yang ada pada wajah kamu.

4) Tiada perkataan di dalam kamus yang dapat menterjemahkan kejelitaan kamu,

5) Ada sesuatu yang tidak kena pada telefon bimbit saya. Ia tidak menyimpan nombor telefon kamu.

6) Saya kehilangan nombor telefon saya. Boleh beri nombor telefon anda?

7) Tentu ada masalah dengan mata saya kerana ia tidak boleh berhenti daripada melihat kamu.

8) Jika kamu adalah air mata, saya tidak akan menangis walau sekalipun kerana tidak mahu kehilangan kamu.

9) Oh tidak...gigi saya sakit. Kerana kamu terlalu manis...

10) Kamu seperti magnet kerana saya tertarik merapati diri kamu.


khas untuk kawan2 aku...

Saturday, April 17, 2010

End of Practical Training

During my 16 week i been working, enjoying and making some trouble on my practical training, that is the best experience in the rest of my life. Knowing u guys especially Boy, Heidi, Ayien, Ijat, Peja, Shak, Qila, Hadi, Asri, Lotfi, Hafiz, Arif, Ashraf, Zeti, Tyra, Kimi, Husna, Asi, Fas, Mema, Mas, Arnold, Kak Noi, Kak Amy, Kak Char and Kak Ina give me a very wonderful sweet memory that i wont never forget. Every moment that we laugh together, share our problem and being such a good friend i think i cant get at any where else.

Not to forget my ex supervisor Pak Usop and Melvin, thank for your knowledge and support. For Ravi, Azmi, Nuar, and Noor thank you for being such a good friend although our age is a far different but you guys treat me as a friend that what I very thank to. I will remember all your advices.

For "makcik" canteen thank you for being nice and make a joke for us also giving such a good price, healthy and delicious food. also thank u for let us to borrow newspaper at the morning.LOL

I am glad to get to know u guys, hope in future we all can meet again..

GOOD BYE ALL....

Tuesday, April 13, 2010

Singgah di Hospital

Assalamualaikum semua,

Sebenarnya aku baru je balik dari Hospital Selayang semata-mata hantar sebuah buku report kecil yang kakak aku tinggalkan kat rumah. Kakak aku ni Doktor kat Hospital sana.

Apa yang aku nk ceritakan kat sini adalah mengenai kakak ku ni, dia suruh aku hantar buku report yang dia tinggalkan kat rumah semalam. Dalam pukul 9 malam tadi aku pergi la ke Hospital Selayang. Bila aku sampai je asrama doktor, dia beritahu aku suruh aku pergi ke "4B" sebab dia xboleh turun dia ada oncall. Aku pun dengan sengalnya cari la bilik 4B tu kat asrama. Cari punya cari tak jumpa, aku pun tanya la sorang brader kat asrama tu,

"bang 4B kat mane??"

"dik sini xde 4B sini asrama kalau 4B kat hospital ada la"

peh...boleh tahan jugak kakak aku ni bagi info tak jelas, mana la aku tau kawasan dalam hospital ni.

Sampai kat hospital, aku jumpa guard dengan jujurnya aku cakap,

"bang saya nak cari kakak saya dekat 4B nak hantar buku ni"

"boleh2 tp bukan 4A ke???

"bukan...4B bang muktamad"

"ok pergi la..."

Aku pun berlalu pergi sambil tunjuk thumb up pada abang guard tu. Macam biasa aku naik lif, jalan2 dalam hospital seorang2 mula la dalam fikiran aku kalau buat filem seram kat hospital ni best jugak.

Sebelum sampai wad 4B kakak aku tu, aku singgah dulu toilet mana la tau bertemu jodoh nurse plak malam2 ni. Sampai wad 4B aku tgk pintu dah tertutup aku bukak perlahan2.

kerrrrrrkkkkkkk

jumpa lagi dengan guard tapi makcik la.

"kak saya nak jumpa kakak saya nak hantar buku ni"

masam cuka je muka dia tengok aku, aku bagi respon lagi

"kak kakak saya ni doktor"

"oh ye..masuk2.."

Terus aku dapat masuk dengan ramahnya dari mak guard tu tadi. Untung betul. Aku pun tertinjau2 bilik ke bilik mencari kakak aku. perasan la seorang nurse..

"Ye cari siapa??"

"kak Doktor Najwa ada tak?"

"oh dia xde la dia kat ED(ntah ape ntah ED tu)"

Tibe2 sampai la kakak aku ni..dari jauh aku tgk dia dengan baju doktor dia aku kesian betol baju makcik mane la dia rembat. Besar!!! Dah selesai hantar aku berlalu dengan kecewanya sebab tak bertemu pun seorang nurse yang cun.

Balik rumah macam biasa aku Fast to Furious dengan pemandu2 KL yang maut2...

terima kasih kerana sudi membaca..

THE END

Sunday, April 11, 2010

Makan oh makanan

Sekarang ni aku dah tak selera pula makan nasi

Kalau makan pun sikit jer

Aku ni kurus

Agaknya makin kurus la aku lepas ni

Ditambah pulak sakit2 baru2 ni

Dugaan orang banyak dosa...huhu

Top 10 reasons to date an ENGINEER

10. The world does revolve around us... we choose the coordinate system.

9. No "couple" enjoy a better "moment".

8. We know how to handle stress and strain in a relationship.

7. We have significant figures.

6. We understand the motion of rigid bodies.

5. Projectile motion: Do we need to say more?

4. Engineers do it to specification.

3. According to Newton, if two bodies interact, their forces are equal and opposite.

2. We know it's not the length of the vector that counts, but how you apply the force.

1. WE KNOW THE RIGHT HAND RULE!

Friday, April 9, 2010

Pulau Pangkor Pengalaman Yang Menarik!!!

SABTU
1.00am : Bertolak dari rumah

"fath, leng bawak awek dia la" jelas kajang
"adoiyai masalah ni kalau bawak perempuan kita kan semua laki"

4.ooam : Semua berjumpa di Petronas Shah Alam

7.00am : Lepak kedai mamak

10.00am : Sampai jeti Lumut

11.00am : Tiba di Panvill Resort - Jalan masuk macam Rally Dakar

12.00pm : Makan time!!!

1.30pm : Snorkling - Jumpe awek Arab ....WOWWWW!!!

5.00pm : Jumpa orang giler mase snorkling(brader bot pulau pangkor) mmg bangsat!! @3$%^&

Tag Line yang perlu di ingati :-
~RM15
~Muka Hensem
~Gengster Besar
~Hempuk dengan Batu

5.30pm : Balik resort

Kejadian Ngeri yang seriau :-

~ handset express music aku yang baru beli rosak
~ kamera samsung baru kajang rosak

kamera + handset = RM650

punca = air pasang - plastik bekas letak barang masuk air laut

6.00pm : Member2 kena marah sebab masuk kawasan orang (orang pulau pangkor kebanyakan mmg xramah) bangsat lagi @$%60*%

7.30pm : Hujan lebat - Jumpa Kala Jengking masuk rumah - kurung dalam baldi

8.00pm : Keluar tengok bola Chelsea vs Mancshester United - CHELSEA MENANG 2-1 - Tinggalkan awek Leng sorg2 kt resort

10.30pm : Makan Ikan Bakar Jumlah RM75

AHAD

12.30am : Balik resort - tengok bola Arsenal Wolves - Arsenal menang 1-0

1.00am : Tgk bola Manchester City - Burnley - Manchester City menang 6-1

3.00am : Tidur

9.00am : Jalan - jalan tepi pantai - tengok awek2 mandi - kena marah ngan brader bot sbb
duduk atas Banana Boat dia (orang pulau pangkor mmg xbetul) mmg-mmg bangsat @#$&)9

10.00am : Sarapan

11.00am : Sesi meluah perasaan rasa xpuas hati dan kutuk - mengutuk ngan layanan orang pulau pangkor (kebanyakkan)

1.30pm : Singgah rumah Pakcik Along (Pak Jang)

2.45pm : Singgah kilang sotong

3.30pm : Ke Jeti Pangkor

4.30pm : Tayar kereta Hakam bocor

5.00pm : Tukar tayar

6.00pm : Lepak McDonald jumpa kawan Apit

7.00pm : Sesak teruk di Kuala Selangor (xtau punca) bengang ^*&$%^$#$

10.30pm : Lepak mamak

Menu Menarik:-

Roti Canai Goreng

ISNIN

1.00am : Selamat sampai rumah, Alhamdulillah................................

Penjenayah yang menyertai Percutian ini :-

1.Apit (The Brain)
2.Hakam (The Big )
3.Zabidi (The Silencer)
4.Ijat (The Memory Taker)
5.Kajang(The Killer Driver)
6.Opie (The Sweet Mouth)
7.Farid (The Mysterious)
8.Lee (The Hair Maker)
9.Along (The Planner)
10.Anuar (The Follower)
11.Mariam (no description)








Wednesday, April 7, 2010

10 Tabiat Tingkatkan Penampilan Lelaki

1. SENTIASA TUKAR CADAR DAN SARUNG BANTAL
Tahukah anda cadar dan sarung bantal penyebab masalah kulit muka. Kotoran dan bakteria yang terhasil menerusi aktiviti perpeluhan ketika tidur akan melekat. Apabila kulit wajah terkena pada permukaan fabrik ini akan menyebabkan kotoran dan bakteria ini melekat pada kulit wajah dan menutup liang-liang roma dan menyebabkan terjadinya jerawat.

2. SYAMPU RAMBUT TIDAK LEBIH DARI SEKALI SEHARI
Sebaik-baiknya mencuci rambut sebanyak 3 kali seminggu. Apabila rambut sentiasa di cuci segala kotoran dan minyak yang melekat pada rambut dan kulit kepala akan hilang. Ini dapat mengurangkan rabut kusam dan tidak sihat.

3. FLOSS GIGI SETIAP HARI DAN LAKUKAN PEMUTIHAN GIGI SETIAP 6 BULAN
Floss bukan sahaja menghilangkan bau mulut tetapi juga dapat menanggalkan sisa-sisa makanan celah gigi agar senyuman anda lebih menarik. Jika yang ingin melakukan pemutihan gigi elakan mengambil makan yang meninggalkan kesan di gigi seperti kopi, sos soya. dan minuman beralkohol


4. GUNTING RAMBUT SETIAP 3 HINGGA 6 MINGGU
Tidak perlu ke salun atau ke pusat pakar menggunting rambut, cukup sekadar kedai gunting yang biasa anda kunjungi. Biasakan diri anda pada satu kedai supaya tidak menghadapi masalah
apabila ingin mengunjungi kedai tersebut lagi.

5. BERCUKUR SELEPAS MANDI
Untuk mengelak ingrown hair atau Razor burn. Bersihkan muka terlebih dahulu sebelum bercukur

6. CUCI, LEMBAPKAN DAN SAPUKAN KRIM MATA

7. ELAKKAN MENGAMBIL MAKANAN TINGGI GULA DAN BERKARBOHIDRAT
Pengambilan makanan bergula dan berkarbohidrat yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah jerawat. Mengambil makanan protien tanpa lemak, sayuran, kekacang mudah hadam dapat mengurangkan pengumpulan lemak pada bahagian perut.

8. DAPATKAN TIDUR 8 JAM SEHARI
Supaya dapat menghalang terjadinya lingkaran hitam pada mata

9. MINUM 8 GELAS SEHARI
Mengurangkan kedutan pada kulit. bagi mereka yang gemar minuman berkafien, digalakkan minum lebih banyak air, kerana minumna berkafien boleh menyebabkan pengeluaran air berlebihan.

10. LAKUKAN SENAMAN TANPA BERDOLAK-DALIH
Lakukan setiap pagi agar anda akan kelihatan FIT. cara ini dapat melambatkan proses penuaan. Dapatkan kulit yang sihat dan tingkatan keyakinan diri.

Lepak di McD Ampang

Pada malam jumaat lepas, aku singgah kedai makanan segera McDonald-Petronas Ampang berhampiran Ampang Sport Planet. Tujuan aku cuma nak hantar semula soalan kaji selidik yang kawan aku suruh isi. Waktu itu dalam pukul 9.15 PM aku tunggu kawan aku ini seorang diri di meja bahagian luar McDonald. Tiba-tiba ada seseorang menyapa aku dari belakang,

"Assalamualaikum?"

"Walaikumsalam......."jawab aku.

"Bang....ini"sambil dia hulurkan aku buku-buku doa dan kitab-kitab yasin.

Aku macam dah terbiasa bila ada sesiapa datang jual barang pada aku, aku akan cakap "tak apa terima kasih." Tapi kali ini terima kasih aku tu macam beri kesan pada aku sebab yang datang pada aku kali ini adalah seorang budak perempuan bertudung pink dalam lingkungan 8 tahun memegang lebih kurang 10 buah buku agama(penuh satu genggaman) sambil menyinsing silang sebuah beg kecil mungkin untuk mengisi wang jualan dia. Terima kasih kali ini seolah-olah aku menghiraukan pada orang yang memerlukan.

Lalu apabila terkeluarnya kata terima kasih aku itu, budak kecil perempuan ini tadi berlalu pergi sambil menyanyi mencari kalau-kalau ada sesiapa yang sudi membeli buku-buku yang dia jual seolah-olah dia tak mengerti kesusahan yang dia lalui. Mungkin pada waktu-waktu sebegini kanak-kanak sebaya dengannya sedang menonton tv atau bermain-main dengan alat mainan. Sedih aku melihat budak perempuan ini berjalan ke arah orang ramai yang sedang duduk menjamu selera makanan yang sedap-sedap namun tiada yang mampu untuk membantu budak kecil perempuan ini.

Pada saat ini aku terfikir mungkin ada "mata" yang memerhati dan menjaga budak ini dari jauh, tapi semua itu aku campakkan sebab bila aku lihat budak ini dari jauh terasa sayu kerana terpaksa membesar dan bekerja pada usia sebegini kecil. Pada waktu aku seusia dengan budak ini aku masih lagi ligat bermain, berlari-lari kesana kesini tanpa menghiraukan susah payah kehidupan, hanya tahu makan dan tidur. Aku hanya mampu melihatnya dari jauh tanpa mampu untuk melakukan apa-apa.

Terkejut aku apabila budak kecil ini tadi pergi ke arah pasangan cina yang sedang duduk makan. Apa la sangat budak umur 8 tahun ini tahu tentang agama, hanya yang dia tahu dia dapat menghabiskan jualannya, itu saja. Saat budak kecil ini berlalu melepasi pasangan dia ini tadi, terjatuh semua buku dan kitab agama yang dia pegang dari tangan. Lelaki cina dari pasangan ini dari datang membantu mengutip satu persatu buku yang terjatuh. Aku hanya lihat dari jauh budak kecil ini mencium satu persatu buku dan kitab yang jatuh ke dahi, hidung dan mulut, perkara rutin yang kita biasa lakukan apabila kita menjatuhkan ayat suci Al-Quran. Terdapat 10 buah buku maka 10 buah bukulah yang dia lakukan.

Sunday, March 21, 2010

Malaysia Hancur Sedikit Demi Sedikit

semua berita yang kita dengar hari ini bukanlah semua sebenarnya.

banyak cerita yang di tutup dari pengetahuan umum demi menjaga keamanan negara Malaysia. Tapi sebenarnya percayalah negara kita sebenarnya semakin hancur sedikit demi sedikit. kepada yang tidak sayangkan negara pasti akan menghiraukan pesanan aku ni, tapi sayang orang macam ni lah yang akan menghancurkan negara kerana sikap tutup sebelah mata.

berita terbaru tentera singapura memasuki negara sebagai pelancong dan menangkap gambar kampung2 sekitar johor mungkin untuk pemetaan dan tentera kita tidak mampu berbuat apa2 atas sbb mereka bergerak atas tiket melancong. JANGAN TERKEJUT, kalau aku kata bende ni dah lama berlaku untuk mana2 negara pun. tapi hanya kita yang tak tahu. secara keseluruhannya pelancongan di negara kita tiap2 tahun semakin meningkat dan kita meraih keuntungan dalam negara yang besar tapi disebaliknya negara menghadapi risiko besar membawa masuk "james bond" dari luar.

sejak pemerintahan kita yang lepas negara sepertimana kita dapat lihat mengalami keadaan yang boleh dikatakan haru biru. terima kasih kepada Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak kerana membentuk gagasan 1MALAYSIA. tujuan beliau adalah untuk membentuk perpaduan antara kaum yang dilihat semakin lama semakin berpecah. kita sebenarnya memberi ruang kepada org luar untuk masuk campur hal negara kita seperti yang berlaku pada zaman kesultanan Melaka yang perlu mengambil Mat Saleh sebagai penasihat kerajaan.


kalau kita masih lagi dengan masalah perpaduan yang tak sudah ini nampaknya kita harus berputih mata membenarkan org luar menakluk negara. NEGARA LUAR TELAH MENCEROBOH MASUK KE MALAYSIA DEMI TUJUAN RISIKAN. langkah kita sebagai rakyat adalah untuk menjaga keamanan, janganlah kita membenci sesama kaum, MELAYU, CINA, INDIA dan BUMIPUTERA adalah 1MALAYSIA. apa yang perlu kita lakukan sebagai rakyat adalah mengukuhkan perpaduan tanpa mengenal warna kulit dan agama. bertegurlah sesama kita walaupun tidak kita kenal kerana dengan hanya salam dan senyuman mampu merapatkan kita.

terima kasih kepada tentera kita yang bertungkus lumus demi agama, bangsa dan negara.

Friday, March 12, 2010

Menjaga Daniel

Daniel ni anak buah pertama aku, anak angah.. dia ni selalu tersenyum, banyak bersedekah budak ni..umo dia baru 8 bulan.. satu ari tu waktu aku baru balik keje, aku kene amik alih plak jg daniel sbb wan dan atok dia nk keluar.. along pulak masih dlm pantang..

aku angkat la dia bawak jln2 dlm rumah tp asyik ngis jer.. aku xtau nk buat ape lg..

tp bile aku cb masukkn dia dlm bakul baju kt luar rumah.. menariknye dia trus diam n main sorg2.. huuhuu...teringat aku mase kecik2 suke masuk dlm kotak...heheh

kepada sesiapa yang ade anak buah kecik tu cb masukkn dia dlm bakul baju n tgk ape jd..



Thursday, March 4, 2010

Lunch bersama Rakan


bdk2 yang slalu keluar bersama..dari kiri boy, qila, shak dan edi (terlindung tepi shak)


syok je tgk ayien mkn siput sedut...lame dh xmenyedut siput...

tira yang pertama kali keluar dgn kitorg...ni aku amik gambar candid..(cantik jugak aku amik) lepas amik je dia mrh2 aku...huhuhu

lokasi-------> medan selera depan SAPURA keramat AU2

Wednesday, March 3, 2010

Kampung Kemensah Hilir



ni la rupa kampung kemensah hilir sekarang.. rumah town house. dulu kampung setinggan.. dijangka siap bulan 4. tp janji je la diorg ni. lame dh penduduk kt sni menggun tok tggal sini.. lame btol tggu tok siap sepenuhnya..dalm 4 tahun dh rsenye

Minta2 siap la rumah ni bln 4

Gua dapat No 3 pertandingan Melukis Animasi Melaka

ini mase nk mula pertandingan. yang bj merah tu kawan aku name dia eddy dia pun menang setelah beberapa kali mencuba..(lg terer dr ku)..duduk dlm bilik 5 jam..sorg lg kawan aku hazwan(pall mall)

hari penyampaian hadiah. setelah tggu 2 tahun...


waktu penyampaian hadiah ni diserahkan oleh Ketua Menteri Melaka Dato Ali Rustam.

Terima kasih akak2 staff STATSChipPAC



terima kasih kepada akak2 staff chippac sbb belanja diorg yang nakal ni....saye xnakal...
yang seronoknye diorg kene tunggu aku dan qila abis mkn sbb piza sampai lambat
ni muka2 org yang belanja kitaorg....kak amy dan kak noi, yang laki tu bkn ye..huhuhu 2 name dia lofti
hihihih...kak jariah dan kak cha

Wednesday, February 3, 2010

PERHATIAN!!!






buat mase skang aku ngah cari template baru tok blog aku ni....




:)

Tuesday, February 2, 2010

Kilang Black Out!!!

hahahah..peristiwa hari ni paling best dalam idup... kilang tempat aku berpraktikalan tiba2 putus elektrik.. waktu tu aku baru je naik ke ofis dari production line tuk bt keje. tgh bt keje tba2 gelap trus ofis. huhuh aku menjerit YES!! huhuu..siap ade org tepuk tgn lagi. tp lepas tepuk tgn de makcik ckp DON'T CLAP YOUR HAND!!! haha waktu tu gelap xnampak ape2. bile dah terputus bekalan kuasa mesin2 terhenti operasinya dan ade sesetengah unit akan kena REJECT. Jumlah yang banyak mungkin kerugian yang besar. mungkin jugak kilang dah ade backup plan. tp department aku masih ok. cuma masalah kecil.yang bestnya lepas lunch baru ktorg bt keje.

Sunday, January 31, 2010

Nafas mencungap2, badan jadi sejuk dan bibir jd kaku

ramai dah orang bertanya pada aku bile aku post citer pasal aku ngan kamalia tu.sebenarnya aku saje je jadikan kamalia ni sebagai subjek aku sbb dia je yg paling hampir untuk aku jadikan bahan cerita. aku bercakap dgn dia pun jarang cuma suke aku jadikan dia sebagai bahan sbb aku suke tgk dia. tp yg pelik dia ni aku tgk xpenah nk senyum, muka penuh ngan masalah. jgn risau kamalia nnt farid akn senyum kn kamalia k!!! aku ni suka je bernakal-nakalan org ckp merapatkn silaturrahim. kalo dulu aku la mamat pendiam yang rendah keyakinan diri disebabkan xcukup ketinggian tp tu dulu skang aku dh up kan skit level of confident aku sejak masuk U. dulu nk ckp ngan perempuan pon segan nk jumpa org luar atau xkenal pon malu2. tp alhamdulillah aku ok dh skang xde lg simptom2 nafas mencungap2, badan jadi sejuk dan bibir jd kaku.

Ikan masak pedas

semalam ngan ari ni ibu, ayah dan adik aku pergi ke melaka. so aku tinggal org kat rumah. mula2 aku xtau pun mane parent aku pergi. tau2 bangun pagi diorg dah xde. aku tau pun sbb kakak aku balik kejap ke rumah. aktivit aku semalam adalah beli handphone. balik jer aku masak nasi lepas tu aku keluar kan ikan kembung dalam peti ais. aku masak ikan masak pedas. aku hentam jer.
  • ikan 2 ekor
  • bawang merah sebiji
  • bawang putih se ulas (betol ke bahasa aku?)
  • sambal yg telah dicincang halus
lalu aku masuk kn semuanye ke dalam satu kuali. disebabkan ikan aku xcukup kunyit maka isi ikan aku terkeluar dari tulang dia. isi perut pun ade tertinggal skit pada bahagia kepala. tp xpe aku je yg makan. sbb utama aku xnk masak kalo ade org kt rumah sbb aku xmo kene kritik dan yang paling penting kalo sakit perut pun aku sorg jer. hahah.

alhamdulillah aku xsakit prut penangan menu aku tu. ermmm ari ni ape aku nk masak. maybe ikan masak kicap kot. sayur aku xbt sbb aku hanya tau masak sayur guna kacang panjang jer. kalo pakai sayur lain aku xbape yakin.

Saturday, January 30, 2010

Handphone Baru Xpressmusic

ini la rupa hanphone baru aku. handphone ni jugak handphone pertama yang aku beli sendiri menggunakan duit hasil titik peluh aku bekerja.puas betul. selama ni aku pinjam kakak dan ibu aku. handphone pertama aku macam biasa lar dulu sume org pakai 3310, itu ibu aku punya. lepas tu aku up skit pakai 3120 kakak aku punye. ble ibu aku beli enset baru aku pakai enset lame dia iaitu 3200. sume aku pakai handphone subsidi. so bile aku dah ade duit skit skang ni aku tak nak la bergantung lagi so aku nk handphone sendiri.

cerita dia bermula cam ni macam korg tau aku skang buat praktikal so ade la duit skit. satu ari tu kawan aku edi ckp ade jualan murah handphone kat Jelatek diskaun sampai 70%. apalagi balik keje aku trus pegi.sampai sana handphone banyak IPHONE and BLACBERRY tp dari China. jual IPHONE harga RM200 tp xde kualiti untuk buat saje2 or belagak boleh lar. aku kena cari handphone yang sesuai dgn diri aku. so balik rumah je trus aku bt survey kat internet. target aku adalah 3G, kamera dan muzik, akhirnya malam tu aku target aku nk beli Xpressmusic

esoknya ari sabtu aku keluar cari kedai handphone. mula2 aku pegi kat Permata. macam dah tau2 aku nk cari handphone diorg ade buat jualan murah handphone CSL plak kat sane. bila aku tgk2 CSL ni xbape bagus function dalam dia nampak xkemas. harga dia murah tp paparan icon dan function dia kurang menarik, colour dia pun xmenyerlah masih berpetak2. aku merayau lg destinasi seterusnya aku ke CARREFOUR Wangsa Maju. sana banyak jual handphone kata qila kawan ku. lepas aku survey2 aku terpaksa buang hasrat aku nk handphone 3G sbb lari bajet aku. tp tetap aku nk Xpressmusic. akhirnya ade la 5130, kamera 2.0 megapixel xde 3G. mula2 ade 1 kedai ni offer aku RM450 ngan memory 1GB. bile aku jalan2 lg aku jumpe handphone sama harga RM360. hahah mmg murah so aku tambah memory 2GB hanya RM20. mission aku ari nie berjaya. ini la hasilnya

PC GAMES-GIANT PERMATA

aku bengang betol la dgn kedai game kat Giant Permata.. baru2 ni aku beli game PC The Sim 3, 2 CD dengan harga RM26 (1 CD RM13) tp ble nk install xleh plak.. aku mmg nk main game tu dari dulu tp bile xleh nk install trus aku rase down.. kalo aku nk tukar pun xde guna malas aku nk bertekak ngan mamat kat kedai tu... lepas lame xmain game aku mula bernafsu balik nk main. tapi kali ni aku nk cari game bola..so aku cari la PES 2010. kawan2 kata game ni best. so sekali lagi aku pergi Giant Permata, aku igat kali ni aku beli game lain kemungkinan besar xde masalah. tapi malangnya benda sama berlaku, AKU KENA TIPU jugak..bengang giler aku. kali ni aku nk minta tukar. aku xkire aku nk jugak main game ni. aku bawak laptop aku sbb nk tunjuk yg game ni ade masalah. ada ke patut dalam CD tu xde data pasal game. aku ckp kat tauke kedai tu xyah nk banyak citer kasi saya tukar je ngan game lain. dia pun terdiam dan bagi trus game yg aku nk tukar. aku minta kat dia PES 2009, aku rase PES 2009 mungkin xde masalah sbb PES 2009 dh lame. aku bawak balik rumah aku cuba install. kali kedua AKU KENA TIPU. benda yg same data untuk game xde. patutnye ade la data pemain ke stadium ke tp ape pun xde. aku frust.........

nasihat aku pada korg kalo nk bli CD game PC kene hati2 lar sbb skang sume game bole download trus dari Internet secara percuma so diorg xhirau kan sgt PC Game ni. kalo korg nk main PC Game baik download jer macam aku... skang aku ngah donlod PES 2010 dan FIFA 10.. aku pun ngah main FIFA MANAGER 2010 berkat aku donlod. alhamdullillah xde masalah.. yg jd masalah skang aku tido lewat je ari2..hahhaahha