Sunday, March 21, 2010

Malaysia Hancur Sedikit Demi Sedikit

semua berita yang kita dengar hari ini bukanlah semua sebenarnya.

banyak cerita yang di tutup dari pengetahuan umum demi menjaga keamanan negara Malaysia. Tapi sebenarnya percayalah negara kita sebenarnya semakin hancur sedikit demi sedikit. kepada yang tidak sayangkan negara pasti akan menghiraukan pesanan aku ni, tapi sayang orang macam ni lah yang akan menghancurkan negara kerana sikap tutup sebelah mata.

berita terbaru tentera singapura memasuki negara sebagai pelancong dan menangkap gambar kampung2 sekitar johor mungkin untuk pemetaan dan tentera kita tidak mampu berbuat apa2 atas sbb mereka bergerak atas tiket melancong. JANGAN TERKEJUT, kalau aku kata bende ni dah lama berlaku untuk mana2 negara pun. tapi hanya kita yang tak tahu. secara keseluruhannya pelancongan di negara kita tiap2 tahun semakin meningkat dan kita meraih keuntungan dalam negara yang besar tapi disebaliknya negara menghadapi risiko besar membawa masuk "james bond" dari luar.

sejak pemerintahan kita yang lepas negara sepertimana kita dapat lihat mengalami keadaan yang boleh dikatakan haru biru. terima kasih kepada Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak kerana membentuk gagasan 1MALAYSIA. tujuan beliau adalah untuk membentuk perpaduan antara kaum yang dilihat semakin lama semakin berpecah. kita sebenarnya memberi ruang kepada org luar untuk masuk campur hal negara kita seperti yang berlaku pada zaman kesultanan Melaka yang perlu mengambil Mat Saleh sebagai penasihat kerajaan.


kalau kita masih lagi dengan masalah perpaduan yang tak sudah ini nampaknya kita harus berputih mata membenarkan org luar menakluk negara. NEGARA LUAR TELAH MENCEROBOH MASUK KE MALAYSIA DEMI TUJUAN RISIKAN. langkah kita sebagai rakyat adalah untuk menjaga keamanan, janganlah kita membenci sesama kaum, MELAYU, CINA, INDIA dan BUMIPUTERA adalah 1MALAYSIA. apa yang perlu kita lakukan sebagai rakyat adalah mengukuhkan perpaduan tanpa mengenal warna kulit dan agama. bertegurlah sesama kita walaupun tidak kita kenal kerana dengan hanya salam dan senyuman mampu merapatkan kita.

terima kasih kepada tentera kita yang bertungkus lumus demi agama, bangsa dan negara.

0 comments:

Post a Comment