Thursday, December 17, 2009

MALAYSIA JUARA BOLA SEPAK SUKAN SEA 2009

Dalam mase 20 tahun kite menanti penuh harapan agar bola sepak negara kita akan beroleh kemenangan akhirnya kali ini kita dapat memenuhi harapan seluruh rakyat malaysia. Namun perjuangan sukan bola sepak negara belum selesai, pelbagai segi kemahiran, taktik, strategi perlu diperbaharui. Diharapkan inilah detik permulaan kejayaan kita untuk masa akan datang. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Pada jam 5.30pm, 17 disember 2009 malaysia memulakan pusingan akhir bola sepak sukan SEA. untuk separuh masa pertama dilihat malaysia bermain dengan penuh berhati2 dengan bermain secara bertahan (defensive). terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pemain Malaysia. pasukan lawan Vietnam terus menerus melakukan serangan.hanya pada minit akhir separuh masa pertama malaysia dilihat melakukan serangan namun nasib tidak menyebelahi kita.

ketika separuh masa kedua Malaysia mengubah corak permainan dengan bermain penuh agresif. bermulanya babak mendebarkan dari asakan demi asakan oleh pemain Malaysia. dan akhirnya Malaysia memperoleh 1 gol yang disumbangkan oleh Nasrul dengan rembatan bola yang agak perlahan namun ditampan oleh pemain Vietnam yang akhirnya memasuki gawang lawan.

MALAYSIA JUARA DENGAN 1-0

0 comments:

Post a Comment