Saturday, December 19, 2009

World of Imagination


Kenapa "World of Imagination" adalah nama blog yang saya pilih??

Pernahkah ketika anda kanak-kanak anda mengimpikan satu dunia lain dari alam realiti. Dunia yang anda boleh impikan apa sahaja, dunia yang begitu indah dengan menggunakan daya imaginasi anda. Itulah saya sewaktu kecil dahulu, mengimpikan dunia yang saya takluki berada diatas awan, mempunyai istana putih, taman yang indah, ladang yang luas, gunung ganang yang tinggi dan suasana laut dan pantai yang aman dan damai.

Sehingga ke hari ini, saya masih lagi membayangkan "dunia impian" saya. Jika saya berjalan jauh menaiki kenderaan saya tidak berhenti melihat awan dan membayangkan keadaan tersebut. Menikmati keindahan alam yang dicipta sempurna oleh-Nya. Syukur kita masih boleh menikmatinya sehingga ke hari ini. Tetapi untuk generasi akan datang saya sendiri tidak pasti.

Berimaginasi atau orang selalu kata kita "berangan" bukanlah perbuatan yang sia-sia jikalau kita gunakannya untuk pekara yang berguna. Sebagai contoh mensyukuri nikmat yang telah dicipta. Nikmati dan peliharalah alam yang kita pinjam dari-Nya kerana ini hanya sementara.

Assalamualaikum...

0 comments:

Post a Comment