Wednesday, April 7, 2010

10 Tabiat Tingkatkan Penampilan Lelaki

1. SENTIASA TUKAR CADAR DAN SARUNG BANTAL
Tahukah anda cadar dan sarung bantal penyebab masalah kulit muka. Kotoran dan bakteria yang terhasil menerusi aktiviti perpeluhan ketika tidur akan melekat. Apabila kulit wajah terkena pada permukaan fabrik ini akan menyebabkan kotoran dan bakteria ini melekat pada kulit wajah dan menutup liang-liang roma dan menyebabkan terjadinya jerawat.

2. SYAMPU RAMBUT TIDAK LEBIH DARI SEKALI SEHARI
Sebaik-baiknya mencuci rambut sebanyak 3 kali seminggu. Apabila rambut sentiasa di cuci segala kotoran dan minyak yang melekat pada rambut dan kulit kepala akan hilang. Ini dapat mengurangkan rabut kusam dan tidak sihat.

3. FLOSS GIGI SETIAP HARI DAN LAKUKAN PEMUTIHAN GIGI SETIAP 6 BULAN
Floss bukan sahaja menghilangkan bau mulut tetapi juga dapat menanggalkan sisa-sisa makanan celah gigi agar senyuman anda lebih menarik. Jika yang ingin melakukan pemutihan gigi elakan mengambil makan yang meninggalkan kesan di gigi seperti kopi, sos soya. dan minuman beralkohol


4. GUNTING RAMBUT SETIAP 3 HINGGA 6 MINGGU
Tidak perlu ke salun atau ke pusat pakar menggunting rambut, cukup sekadar kedai gunting yang biasa anda kunjungi. Biasakan diri anda pada satu kedai supaya tidak menghadapi masalah
apabila ingin mengunjungi kedai tersebut lagi.

5. BERCUKUR SELEPAS MANDI
Untuk mengelak ingrown hair atau Razor burn. Bersihkan muka terlebih dahulu sebelum bercukur

6. CUCI, LEMBAPKAN DAN SAPUKAN KRIM MATA

7. ELAKKAN MENGAMBIL MAKANAN TINGGI GULA DAN BERKARBOHIDRAT
Pengambilan makanan bergula dan berkarbohidrat yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah jerawat. Mengambil makanan protien tanpa lemak, sayuran, kekacang mudah hadam dapat mengurangkan pengumpulan lemak pada bahagian perut.

8. DAPATKAN TIDUR 8 JAM SEHARI
Supaya dapat menghalang terjadinya lingkaran hitam pada mata

9. MINUM 8 GELAS SEHARI
Mengurangkan kedutan pada kulit. bagi mereka yang gemar minuman berkafien, digalakkan minum lebih banyak air, kerana minumna berkafien boleh menyebabkan pengeluaran air berlebihan.

10. LAKUKAN SENAMAN TANPA BERDOLAK-DALIH
Lakukan setiap pagi agar anda akan kelihatan FIT. cara ini dapat melambatkan proses penuaan. Dapatkan kulit yang sihat dan tingkatan keyakinan diri.

0 comments:

Post a Comment