Tuesday, April 13, 2010

Singgah di Hospital

Assalamualaikum semua,

Sebenarnya aku baru je balik dari Hospital Selayang semata-mata hantar sebuah buku report kecil yang kakak aku tinggalkan kat rumah. Kakak aku ni Doktor kat Hospital sana.

Apa yang aku nk ceritakan kat sini adalah mengenai kakak ku ni, dia suruh aku hantar buku report yang dia tinggalkan kat rumah semalam. Dalam pukul 9 malam tadi aku pergi la ke Hospital Selayang. Bila aku sampai je asrama doktor, dia beritahu aku suruh aku pergi ke "4B" sebab dia xboleh turun dia ada oncall. Aku pun dengan sengalnya cari la bilik 4B tu kat asrama. Cari punya cari tak jumpa, aku pun tanya la sorang brader kat asrama tu,

"bang 4B kat mane??"

"dik sini xde 4B sini asrama kalau 4B kat hospital ada la"

peh...boleh tahan jugak kakak aku ni bagi info tak jelas, mana la aku tau kawasan dalam hospital ni.

Sampai kat hospital, aku jumpa guard dengan jujurnya aku cakap,

"bang saya nak cari kakak saya dekat 4B nak hantar buku ni"

"boleh2 tp bukan 4A ke???

"bukan...4B bang muktamad"

"ok pergi la..."

Aku pun berlalu pergi sambil tunjuk thumb up pada abang guard tu. Macam biasa aku naik lif, jalan2 dalam hospital seorang2 mula la dalam fikiran aku kalau buat filem seram kat hospital ni best jugak.

Sebelum sampai wad 4B kakak aku tu, aku singgah dulu toilet mana la tau bertemu jodoh nurse plak malam2 ni. Sampai wad 4B aku tgk pintu dah tertutup aku bukak perlahan2.

kerrrrrrkkkkkkk

jumpa lagi dengan guard tapi makcik la.

"kak saya nak jumpa kakak saya nak hantar buku ni"

masam cuka je muka dia tengok aku, aku bagi respon lagi

"kak kakak saya ni doktor"

"oh ye..masuk2.."

Terus aku dapat masuk dengan ramahnya dari mak guard tu tadi. Untung betul. Aku pun tertinjau2 bilik ke bilik mencari kakak aku. perasan la seorang nurse..

"Ye cari siapa??"

"kak Doktor Najwa ada tak?"

"oh dia xde la dia kat ED(ntah ape ntah ED tu)"

Tibe2 sampai la kakak aku ni..dari jauh aku tgk dia dengan baju doktor dia aku kesian betol baju makcik mane la dia rembat. Besar!!! Dah selesai hantar aku berlalu dengan kecewanya sebab tak bertemu pun seorang nurse yang cun.

Balik rumah macam biasa aku Fast to Furious dengan pemandu2 KL yang maut2...

terima kasih kerana sudi membaca..

THE END

0 comments:

Post a Comment